Wednesday 31 October 2012

Kehidupan...


Assalammualaikum w.b.t...
Dah lama x berceloteh disini..
Dikesempatan cuti semester nie barulah boleh meluangkan masa untuk my baby nie.. hehe
Moh la kita sembang dan bercerita disini...
banyak benda yang nak dikongsi pada semua tapi untuk hari ini satu je hehehe..

Saya sering menjadikan kehidupan manusia didunia ini sebagai satu kajian..
Dari sinilah saya belajar erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan..
Mungkin kerana selama 16 thn hidup tanpa bapa..
menjadikan saya seorang yang begitu tabah dan sabar menjalani kehidupan harian..
Disini saya hanya titipkan sedikit kata-kata semangat untuk pembaca..
Hayatilah...
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan kita.


Janganlah anggap dugaan dan ujian itu satu beban tapi jadikan ianya sebagai satu cabaran dalam kehidupan..



No comments: