Friday 23 November 2012

Erti Kasih Sayang

Tiada apa yang dapat diertikan pada sebuah kasih sayang keluarga terhadap kita.  Hilangnya kasih sayang keluarga ibarat seperti hlayang-layang terputus talinya.  Selagi keluaraga kita masih ada, hargailah mereka seperti mana mereka menjaga kita umpama menatang minyak yang penuh.  Diberikan kasih sayang yang tanpa nilainya dengan mata wang didunia ini.  Keluarga umpama pohon yang rendang,sentiasa melindungi pohon-pohon daripada kepanasan.  Janganlah sesekali memutuskan tali persaudaraan terutamanya ibu yang melahirkan kita kedunia dan memberi kita kasih sayang selama 9 bulan bukan hanya selama 9 bulan tetapi kasih sayang ibu hingga ke penghujung nyawanya terhadap anak-anaknya.  Wahai sahabat diluar sana, janganlah kita sesekali menyakiti hati ibu walaupun mereka sering menyakiti hati kita atau tidak berlaku adil terhadap kita kerana mereka adalah IBU kita didunia dan akhirat.  

Kita hidup didunia ini bukanlah selama-lamanya.  Berbaktilah kepada keluarga kita selagi kita berdaya.  Bantulah keluarga sendiri kerana didalam Islam juga mengajar umatnya untuk saling bantu-membantu antara umat Islam yang lain.  


Maaflah seandainya entry saya ini ada menyakiti mana-mana pihak.  Entry ini saya tulis untuk memberi peringatan kepada saya dan sahabat diluar sana.  Ditulis berdasarkan pengalaman dan perasaan yang saya alami sendiri. Jadikan pengalaman sebagai pedoman dalam hidup kita supaya di masa akan datang kita akan lebih menghargainya...




No comments: